Nah, projek ebook dari den pulak!

Oktober 16, 2006 at 6:14 am (Download Percuma, E-book Pilihan, Pengurusan Stress, Projek)

Assalamualaikum semua. Sempat juga saya menulis lagi hari ini. Untuk entri kali ini tiada apa yang menarik sangat, Dalam bulan ramadhan ni banyak juga idea yang datang walau tak sempat nak aplikasikan semua di sini.

Okelah baru – baru ni saya kegersangan talian internet. Hampir dua minggu tak berinternet kerana masalah talian streamyx di rumah dan dalam masa tu saya sempat translate dan olah naskah yang entah dari mana datang ada hardisk saya ni. Saya lihat ianya agak menarik untuk berkongsi bersama, dan saya olah dan jadikannya sebagai ebook format pdf.

Sebenarnya saya malu nak publish lepas baca entry di blog Mr Shuth tentang Pesta E-book sebab tengok semuanya publish ebook yang hebat-hebat. Terutama adik kita Si Dely tu… 🙂 Tapi takpe, inipun projek suka-suka jer seperti projek ebook dari Cikguonline dulu.

Apapun, walau hanya projek suka -suka, saya harapkan komen anda semua. Tidak kiralah dari sudut apapun. Nak kutuk ke hentam ke silakan. Jangan biarkan entry ini tak berkomen 😉

Oklah sila download projek e-book ‘20 Langkah Mengatasi Stress‘ saya ni di sini

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

 

Pautan Kekal 13 Komen