Kelas web design & html coding

November 13, 2006 at 10:53 pm (Kursus/Kelas, Pembangunan Web, Promosi, Web Design)

Assalamualaikum semua. Hari ni saya takde apa yang nak dibebelkan, cuma nak buat pengumuman tentang kelas web design & html coding untuk sesiapa yang berminat. Buat pengetahuan semua, kelas ini dilakukan secara online. Berikut adalah detailnya.

Tarikh bermula: 14.11.2006 (Kursus akan diadakan tiap ari Selasa)
Subjek : Adobe Illustrator & Simple html untuk web statik
Bayaran : RM50
Tutor : En. Alfirus Ahmad

Skop yang bakal diajarkan oleh En. Alfirus Ahmad ialah

  • Design web interface menggunakan Adobe Illustrator
  • Mengenali coding basic html

Kelas 4 (empat) kali, 1 (satu) minggu sekali. Server testing untuk kursus ini di sediakan. Selepas kursus, kalau ada yang masih kurang faham boleh terus rujuk kepada En Alfirus. Beliau tak kenakan caj tambahan.

Bayaran boleh di buat ke akaun Maybank beliau. Nama pemegang akaun: Alfirus Ahmad, Nombor akaun: 158033-145701. Sila inform beliau melalui email selepas pembayaran di lakukan.

Pada saya ini tawaran yang benar-benar menarik. Terlalu berpatutan harganya. Sampai bila nak suruh orang designkan web untuk kita? Silap-silap nanti kita pulak boleh designkan orang lain punya web.. 😉

Berminat? Sila hubungi En. Alfirus melalui email di – alfirus[@]gmail.com (sila buang ‘[]’) atau telefon +6019-5071231.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

Pautan Kekal 7 Komen

Projek website baru.

September 9, 2006 at 4:04 am (Hosting/Domain, Pembangunan Web)

Assalamualaikum dan apa khabar semua… Saya kembali menulis lagi di sini. Sebenarnya takde apa sangat yang nak ditulis, cuma tadi saja nak beritahu yang saya baru beli hosting dan domain name untuk satu projek website saya yang baru.

Saya beli pun bukan apa, laman – laman web yang saya buat sebelum ni cuma web yang biasa dan terlalu statik. Itupun takde belajar dengan orang atau cikgu, Cuma self taught jer. 😉 Teringin juga nak juga buat web yang lebih interaktif kalau boleh. Buat pengetahuan anda semua saya ni bukanlah reti sangat nak buat website ni, cuma minat jer terlalu berkobar-kobar. Kiranya projek ini cuma langkah pertama saya untuk bereksperimentasi dengan lebih serius.

Sebenarnya rancangan nak mulakan projek ni dah lama tertangguh sejak bulan lepas lagi kerana masalah modal. Tapi memandangkan saya baru sahaja dapat sedikit ‘refund’ dari satu local hyip yang saya sertai pagi semalam terus terfikir balik projek ni.

Kiranya termasuk projek ini baru kali kedua saya gunakan hosting dan domain name berbayar. Heh… nasible tak mahal sangat hosting dan domain sekarang ni.

Okelah, seperti biasa, kalau nak dapatkan hosting yang murah, serendah 12 sen per MB, bolehlah dapatkannya di sini. Saya pun tadi dapatkan space 100MB dan domain .com pada harga USD 13.50 dengan e-gold. Saya ni tak sah punya kalau tak ada udang di sebalik batu kan? 😛 Hehe… Jangan marah aaa~ Apapun doakan saya berjaya dengan projek ni ya… 😉

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal Tinggalkan Komen