Hyip?

Ogos 16, 2006 at 6:40 am (Investment program)

Hari ni nak cerita skit pasal hyip ni. Apa yang anda tahu tentang hyip? Hyip atau High Yield Investment program adalah satu program pelaburan yang tinggi takat keuntungannya. Tapi harus diketahui. Makin tinggi peluang keuntungan, semakin tinggi risikonya.

Dalam hyip juga kita harus mengerti bahawa kita hanya laburkan apa yang sanggup kita hilang. Maksudnya melaburlah setakat yang termampu sahaja. Janganlah sampai kita buat pinjaman semata-mata hendak melabur di hyip. Tak usah ikutkan hati dalam melabur. Seperti yang saya katakan, hyip ni amat berisiko tinggi.

Saya juga ada join program-program hyip ni. Melabur setakat yang termampu. Itupun baru sekarang saya sedar, setelah melihat banyak hyip yang jatuh satu persatu. Harapan masih ada di dalam hyip ni. Salah satunya, ProfitSwinger.com. Bukan ingin menjatuhkan kredibiliti mereka, tetapi Cuma ingin memberikan contoh terbaik buat kita.

Iyalah, mungkin ada di antara kita yang selalu dengar tentang hyip ni. Ada juga yang sampai berhutang, semata-mata untuk melabur dengan hyip ni. Tapi bila program ini sudah ada masalah, siapa yang akan bertanggungjawab? Harus saya ulangi sekali lagi, Melaburlah dengan bijak!

Satu lagi ingin saya bebelkan, pilihlah hyip yang munasabah, terang dan jelas pelannya. Jangan mudah terpengaruh dengan rate yang tinggi. Satu lagi, kalau boleh pilihlah hyip yang melakukan pelaburan untuk tukaran wang dan real estate (walaupun memang mereka boleh menipu dan berselindung) dan jangan memilih hyip yang jelas berasaskan game dan ponzi.

Mungkin nanti saya cerita lagi tentang hyip ni. Mungkin sedikit tips untuk berjaya dalam hyip ni ;p

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

Pautan Kekal 2 Komen