Bengkel Asas Perniagaan Internet

November 16, 2006 at 7:14 am (affiliates, google adsense, Kursus/Kelas, Pemasaran Internet, Promosi)

Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita kali ni. Hari ini pun saya takde nak membebel apa-apa, hanya nak buat hebahan mengenai Bengkel Asas Perniagaan Internet yang bakal berlangsung. Bengkel ini memuatkan 4 modul penting untuk para peserta, khas untuk membimbing mereka yang masih keliru, tidak tahu untuk bermula dan hampir berputus-asa di dalam usaha membina perniagaan internet sendiri. 😉 Berikut adalah detailnya:-

Tarikh: 25 November 2006, Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Komputer, UKM Bangi.
Yuran Penyertaan: RM270 seorang
Hanya 25 penyertaan SAHAJA diterima

Bengkel anjuran pihak ebizmalaysia ini akan menampilkan 2 speaker dari bidang masing-masing iaitu Saudara Zulfadli dari smartusaha.com dan Saudara Shamsuriyadi dari rajaadsense.com. Saudara Zulfadli akan berbicara mengenai perniagaan dan pemasaran internet manakala saudara Shamsuriyadi pula lebih kepada Program Affiliate dan Adsense.

Mungkin anda sudah mengenali pihak ebizmalaysia yang telah berjaya menganjurkan bengkel perniagaan internet sebelum ini di Kolej Shahputra, Kuantan Pahang 26 Ogos yang lepas.

Nota: Setiap perserta akan disediakan sebuah komputer dengan akses internet untuk sesi praktikal.

Jika berminat, layari url berikut untuk mendapatkan tempat anda. ebizmalaysia dot com

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

Pautan Kekal Ulasan Dimatikan pada Bengkel Asas Perniagaan Internet

Jom ber ‘BidVertiser’!

November 9, 2006 at 1:00 am (BidVertiser, Buat Duit, google adsense, Pay Per Click Program)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry hari ni saya nak bercerita tentang Bidvertiser pula. Saya faham ramai yang dah tahu, malah dah pun mencuba dan dapat hasilnya. Takpe, blog ni pun diuruskan oleh newbie, harap ramai newbie yang boleh dapat manfaat dari entry kali ini. 😉

Ok, kalau anda semua ada terbaca dalam entry saya yang lepas, anda mungkin sudah tahu akaun Google Adsense saya di suspend, tadi baru saya dapat respond kembali dari Google Adsense Team.

——————–

Hello,

Thank you for your appeal.

After receiving your response, we re-reviewed your account data thoroughly. We have reconfirmed that invalid clicks were generated on the ads on your site in violation of our Terms and Conditions and program policies.

https://www.google.com/adsense/terms
https://www.google.com/adsense/policies

We have these policies in place to help ensure the effectiveness of Google ads for our publishers as well as our advertisers. According to our policy on this matter, we are unable to reinstate you into the program.

As you may know, publishers disabled for invalid click activity are not allowed any further participation in AdSense. For this reason, you may not open a new account.

Please bear in mind that subsequent or duplicate appeals may not be considered and you may not receive any further communication from us. We appreciate your understanding.

Sincerely,

The Google AdSense Team

——————–
Nah, sudah rasmi saya di ban oleh Google Adsense. Tiada maaf bagiku. Huh, walaupun saya sampai sekarang tak tahu tang mana yang saya buat salah ni. Google Adsense Team memang takkan jawab secara detail. Sehingga saya disuspend hari tu pun saya sedaya upaya ikut TOS (Terms Of Services) mereka. Tapi apa boleh buat, memang takde rezki dah kot… 😉

Oke, kita kembali kepada judul entry kali ini. Sebenarnya saya dah agak lama juga join Bidvertiser dan beberapa PPC yang lain. Kira – kira dalam bulan Julai yang lepas. Cumanya, saya tak begitu serius dan lebih tumpu kepada Adsense. Baru sekarang terfikir nak lebih serius dengan alternatif Pay Per Click (PPC) yang lain. 😛

Mari saya ceritakan secara ringkas tentang ke’best’an Bidvertiser pada yang masih tak tahu lagi tu.

Bayaran minimum adalah USD50 untuk cek dan USD10 untuk bayaran PayPal. Haha, best, tak perlu lagi tunggu lama nak dapat duit! Lagi satu, Kita boleh tahu dan pilih iklan apa yang keluar di web/blog kita. Nak buang iklan-iklan yang murah dan pilih iklan yang mahal – mahal je pon boleh. Tapi kemungkinan web/blog kita akan keluar ‘Your Ad Here For Free’ dari Bidvertiser. Haha, apapun. Mungkin Bidvertiser je alternatif yang ‘mampu’ saya tumpukan buat masa sekarang. Insya-Allah mana tahu saya dapat rezki lebih dengan Bidvertiser ni. 😀

Apapun sapa yang belum join Bidvertiser lagi tu, boleh lah join melalui link yang ada kat sini. Lepas join, bagitau saya, boleh kita sama – sama tingkatkan teknik dan skill dalam Bidvertiser ni. 😛

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 5 Komen

Pendapatan pasif untuk semua?

Oktober 15, 2006 at 2:28 am (affiliates, Buat Duit, google adsense, passive income, Pay Per Click Program, residual income)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Saya kembali setelah dua minggu tidak menulis. Topik kali ini sebenarnya amat menarik perhatian saya, dan mungkin mereka yang seperti saya – PEMALAS! Kebiasaanya manusia inginkan sesuatu yang mudah. Mungkin ada yang mengatakan pendapatan pasif ini semudah – “Kerja sedikit tapi untung besar” Heh… adakah benar kenyataan yang pendapatan pasif ini terlalu mudah?

Ya, mungkin ada sedikit kebenaran dari kenyataan itu, tapi harus diingat, – “yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek”. Kita memang wajib berusaha. Kebiasaannya sumber pendapatan pasif ini memerlukan usaha yang giat setidak-tidaknya pada permulaan.

Mari kita teruskan. Apakah pendapatan pasif? Pendapatan pasif bermaksud hasil dari pelaburan perniagaan terdahulu yang diterima walaupun kita tidak lagi aktif melakukannya. Seperti maksud pasif itu sendiri iaitu tidak aktif. Pendapatan yang kita dapat kelihatan seperti tidak memerlukan banyak usaha.

Oke, mungkin anda juga pernah mendengar tentang ‘residual income’ dan terkeliru dengannya. Residual income bermaksud pendapatan berulang yang kita terima setelah jualan permulaan dibuat. (Mungkin kita boleh bercerita tentangnya di lain entry)

Mari kita lihat pilihan yang boleh dibuat untuk mendapat pendapatan pasif:-

  • Pembangunan produk yang tidak terlalu memerlukan khidmat pelanggan dan boleh menjual secara auto seperti menerbitkan buku atau e-book atau CD/VCD/DVD anda sendiri.
  • Membuat sistem affiliate anda sendiri yang menjual produk atau servis anda. Agen-agen anda akan mendapatkan pelanggan untuk anda.
  • Multi-Tier affiliate program. Dapatkan agen yang lain untuk menjadi rekrut anda dan terimalah hasil dari jualan yang dibuat mereka.
  • SEO, atau Search engine optimization. Penting bagi anda mendapat ranking yang tinggi di engin – engin carian untuk laman web atau blog anda yang menjual produk atau perkhidmatan. Engin carian ini akan membuat jualan untuk anda.

Mungkin ada banyak lagi pilihan untuk mendapatkan pendapatan pasif ini, tetapi saya ingin ulang, untuk mendapatkan pendapatan pasif ini memang memerlukan usaha yang bukan main – main. Lihat saja pilihan yang diberikan di atas, setiap satunya memerlukan gerak kerja yang padu dan bersungguh-sungguh. Apa yang lebih penting pendapatan yang pasif bukanlah untuk mereka yang PEMALAS!!!

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 6 Komen