Nah, projek ebook dari den pulak!

Oktober 16, 2006 at 6:14 am (Download Percuma, E-book Pilihan, Pengurusan Stress, Projek)

Assalamualaikum semua. Sempat juga saya menulis lagi hari ini. Untuk entri kali ini tiada apa yang menarik sangat, Dalam bulan ramadhan ni banyak juga idea yang datang walau tak sempat nak aplikasikan semua di sini.

Okelah baru – baru ni saya kegersangan talian internet. Hampir dua minggu tak berinternet kerana masalah talian streamyx di rumah dan dalam masa tu saya sempat translate dan olah naskah yang entah dari mana datang ada hardisk saya ni. Saya lihat ianya agak menarik untuk berkongsi bersama, dan saya olah dan jadikannya sebagai ebook format pdf.

Sebenarnya saya malu nak publish lepas baca entry di blog Mr Shuth tentang Pesta E-book sebab tengok semuanya publish ebook yang hebat-hebat. Terutama adik kita Si Dely tu… 🙂 Tapi takpe, inipun projek suka-suka jer seperti projek ebook dari Cikguonline dulu.

Apapun, walau hanya projek suka -suka, saya harapkan komen anda semua. Tidak kiralah dari sudut apapun. Nak kutuk ke hentam ke silakan. Jangan biarkan entry ini tak berkomen 😉

Oklah sila download projek e-book ‘20 Langkah Mengatasi Stress‘ saya ni di sini

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

 

Advertisements

Pautan Kekal 13 Komen

Kerna cinta ku ingin hidup. Kerna cinta juga ku sanggup mati!

Oktober 2, 2006 at 3:11 am (Best Produk, Cinta, E-book Pilihan)

Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi kita di sini. Lama juga takde entry baru di blog ni. Okelah, mungkin ada yang tertarik dengan tajuk posting saya kali ni. Ya, begitulah hakikat tentang cinta. Ada yang kata cinta itu buta. Tapi hakikatnya kita lahir kerana cinta. 😉

Apakah cinta? Secara ringkas cinta boleh ditafsirkan sebagai satu perasaan yang terkesan terhadap jiwa mengenai seseorang atau sesuatu objek. Tetapi tidak semestinya ‘objek’ cinta itu tersekat antara insan terhadap insan yang lain, tetapi ianya amat luas. Boleh saja kita bercinta dengan alam, bercinta dengan Negara. atau cinta yang agung terhadap Maha Pencipta.

Apapun ianya terlalu misteri dan subjektif. Mungkin saja pendapat kita saling berbeza dalam isu ini. Apapun cinta tak semestinya indah, setiap tahun kita dipaparkan dengan statistik penceraian yang agak membimbangkan, terutama bagi Melayu Islam di Negara ini iaitu 10% hingga 15% sejak 1990 hingga 2003!! Ianya bukanlah jumlah yang boleh dianggap kecil. 😮

 

Okelah kalau nak diikutkan banyak yang boleh diperkatakan tentang cinta ni, tapi cukuplah dulu buat masa ini. Oh ya, seorang usahawan internet, Mohd Faisal Mohamad Isa atau lebih dikenali dengan nick matzfain atau ‘fai’ ada penyelesaian mengenai masalah cinta ini. Ya, cinta juga perlu dicari. Cinta juga perlu dipelajari. Penting untuk mempunyai ilmu untuk memenuhi keperluan dan kehendak cinta.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk (e-book) tersebut, bolehlah dapatkannya di sini. Buat masa ini harga produk digital ini boleh dapat dengan harga RM25. Tak tahulah sampai bila boleh didapati dengan harga ini. Mungkin juga akan dinaikkan harga kerana kandungan hebat di dalamnya 😀

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 2 Komen

Anda tahu Googleâ„¢ Adsense?

September 3, 2006 at 4:12 pm (Best Produk, Buat Duit, E-book Pilihan, Pay Per Click Program)

Agak lama juga saya tak membebel kat sini. Idea takde le. 😛 PTapi sekarang ni saya nak cerita skit tentang pengalaman saya dengan Google™ Adsense.

Saya mula mengenali Googleâ„¢ Adsense ni baru lagi iaitu awal tahun 2006 ni. Sebelum ni tak tahu pula yang ianya boleh buat duit. Tapi bila tiba awal Julai 06 yang lepas saya terjumpa satu e-book panduan untuk Googleâ„¢ Adsense ni. Saya pun terus cuba dapatkannya, dan terus juga apply akaun Googleâ„¢ Adsense dan mula mempraktikkan sedikit demi sedikit panduan daripada e-book dalam bahasa ibunda ini. Alhamdulillah earning Googleâ„¢ Adsense saya makin meningkat setiap hari.

Sekarang ni saya akan cuba mengaplikasikan semua panduan yang saya dapat daripada e-book ini untuk meningkatkan lagi pendapatan saya dengan Googleâ„¢ Adsense ni.

Okelah kalau anda semua berminat untuk menambah cabang pendapatan anda, bolehlah dapatkan e-book panduan ini dari sini. Sekarang ni sudah sampai versi 3.0. Lebih banyak panduan tentang Googleâ„¢ Adsense. Cara nak membina website / blog pun ada.

Klik di sini untuk menempah Panduan Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Dengan Googleâ„¢ Adsense.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 4 Komen