Buat duit dengan produk ‘Master Resell Right’

November 20, 2006 at 12:04 pm (Best Produk, Buat Duit, Resell Rights)

Assalamualaikum, dan salam buat duit semua.. 😛 Hari ni kita bercerita tentang produk ‘Resell Right’ pula. Apakah dia bendanya ni? Secara ringkas dan padat produk ini dari segi terjemahan ke Bahasa Malaysia ialah, produk yang mempunyai hak jualan semula (Erk… panjangnye…) Maksudnya, produk yang termasuk di dalam label ‘Master Resell Right’ ini memberikan kita hak menjual semula produk-produk tersebut.

Apakah kelebihannya dan bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk resell rights?

  • Kita boleh memiliki produk sendiri yang bagus dan mempunyai permintaan tinggi dengan lebih mudah.
  • Kita boleh menjual barangan tersebut pada harga yang anda tetapkan sendiri. Ianya terletak pada tangan kita sebagai reseller.
  • Tidak terhad untuk menjual produk-produk tersebut pada jumlah tertentu sahaja. Kita boleh menjual seberapa banyak yang anda suka. Adakah jumlahnya 10, 100, atau 1000 unit? Anda tentukan sendiri.
  • Memberi pulangan pelaburan (ROI – Return of Investment) yang tinggi. Bayangkan modal untuk anda dapatkan satu-satu produk yang mempunya hak jualan semula tersebut ialah RM45 sebagai contoh. Dengan hanya mendapatkan 2 atau tigak jualan, anda sudah boleh mendapatkan kembali modal dan membuat keuntungan.
  • Kita boleh setup pakej sendiri melalui produk2 perisian dan ebook yang mempunyai hak jualan semula. Contohnya kita boleh buat jual mengikut pakej tertentu seperti ‘pakej pemasaran’, ‘pakej webmaster’ atau apa sahaja yang sesuai dan berkaitan.
  • Kita juga boleh menjadikan produk-produk ini sebagai bonus kepada subscriber site/blog kita untuk tujuan marketing dan menambahkan pelawat dan pelanggan kita (sudah tentu ianya mendatangkan duit lagi kepada kita 😛 )
  • Jika mahu, kita boleh membuat sistem affiliate kita sendiri dengan produk-produk ini.

Oke, itu sahajalah kot kelebihannya. Ada sesiapa nak tambah lagi? Hehe… tapi harus saya katakan, semuanya takkan menjadi jika tiada usaha. Segala kelebihan yang saya cuba paparkan di atas hanya akan jadi omong kosong jika tiada usaha dijalankan. 😉

 

Oh ya, jika anda berminat untuk mendapatkan produk yang mempunyai hak jualan semula, bolehlah klik banner di bawah untuk mendapatkan ‘Pakej Master Resell’. Cuma RM27 jer (masa saya tulis entry ni ler, kalo dah naik harga nanti jangan marah ee..):P

Master Resell Rights Product

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 2 Komen

Kerna cinta ku ingin hidup. Kerna cinta juga ku sanggup mati!

Oktober 2, 2006 at 3:11 am (Best Produk, Cinta, E-book Pilihan)

Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi kita di sini. Lama juga takde entry baru di blog ni. Okelah, mungkin ada yang tertarik dengan tajuk posting saya kali ni. Ya, begitulah hakikat tentang cinta. Ada yang kata cinta itu buta. Tapi hakikatnya kita lahir kerana cinta. 😉

Apakah cinta? Secara ringkas cinta boleh ditafsirkan sebagai satu perasaan yang terkesan terhadap jiwa mengenai seseorang atau sesuatu objek. Tetapi tidak semestinya ‘objek’ cinta itu tersekat antara insan terhadap insan yang lain, tetapi ianya amat luas. Boleh saja kita bercinta dengan alam, bercinta dengan Negara. atau cinta yang agung terhadap Maha Pencipta.

Apapun ianya terlalu misteri dan subjektif. Mungkin saja pendapat kita saling berbeza dalam isu ini. Apapun cinta tak semestinya indah, setiap tahun kita dipaparkan dengan statistik penceraian yang agak membimbangkan, terutama bagi Melayu Islam di Negara ini iaitu 10% hingga 15% sejak 1990 hingga 2003!! Ianya bukanlah jumlah yang boleh dianggap kecil. 😮

 

Okelah kalau nak diikutkan banyak yang boleh diperkatakan tentang cinta ni, tapi cukuplah dulu buat masa ini. Oh ya, seorang usahawan internet, Mohd Faisal Mohamad Isa atau lebih dikenali dengan nick matzfain atau ‘fai’ ada penyelesaian mengenai masalah cinta ini. Ya, cinta juga perlu dicari. Cinta juga perlu dipelajari. Penting untuk mempunyai ilmu untuk memenuhi keperluan dan kehendak cinta.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk (e-book) tersebut, bolehlah dapatkannya di sini. Buat masa ini harga produk digital ini boleh dapat dengan harga RM25. Tak tahulah sampai bila boleh didapati dengan harga ini. Mungkin juga akan dinaikkan harga kerana kandungan hebat di dalamnya 😀

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 2 Komen

Anda tahu Google™ Adsense?

September 3, 2006 at 4:12 pm (Best Produk, Buat Duit, E-book Pilihan, Pay Per Click Program)

Agak lama juga saya tak membebel kat sini. Idea takde le. 😛 PTapi sekarang ni saya nak cerita skit tentang pengalaman saya dengan Google™ Adsense.

Saya mula mengenali Google™ Adsense ni baru lagi iaitu awal tahun 2006 ni. Sebelum ni tak tahu pula yang ianya boleh buat duit. Tapi bila tiba awal Julai 06 yang lepas saya terjumpa satu e-book panduan untuk Google™ Adsense ni. Saya pun terus cuba dapatkannya, dan terus juga apply akaun Google™ Adsense dan mula mempraktikkan sedikit demi sedikit panduan daripada e-book dalam bahasa ibunda ini. Alhamdulillah earning Google™ Adsense saya makin meningkat setiap hari.

Sekarang ni saya akan cuba mengaplikasikan semua panduan yang saya dapat daripada e-book ini untuk meningkatkan lagi pendapatan saya dengan Google™ Adsense ni.

Okelah kalau anda semua berminat untuk menambah cabang pendapatan anda, bolehlah dapatkan e-book panduan ini dari sini. Sekarang ni sudah sampai versi 3.0. Lebih banyak panduan tentang Google™ Adsense. Cara nak membina website / blog pun ada.

Klik di sini untuk menempah Panduan Raja Adsense: Rahsia Panduan Membuat Duit Dengan Google™ Adsense.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 4 Komen