Selamat tinggal dunia..!

November 26, 2006 at 9:50 pm (Bebelanku)

Assalamualaikum, dan salam terakhir, salam teristimewa. Hehe.. saje je bikin gempak dengan judul entry kali ni. Bukan apa, ini merupakan entry terakhir saya untuk blog ni kerana akan berpindah ke blog baru. Bukan apa, rasa ngeri pula jika blog disuspend oleh wordpress.com macam yang dialami oleh cikguonline.wordpress.com. Itu yang nak cepat-cepat pindah tu.

Okelah, buat pengunjung setia blog ni (heh ade ke pengunjung setia?) sudi-sudilah kiranya mengunjungi port baru blog seorang kutu ini di alamat – http://www.newbreeder.com/blog Kita berbualbicara di sana pula ya?

Oklah, saya nak buat post ‘selamat datang’ di blog baru pula. Jumpa kita di sana ya!

 

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 9 Komen

Malangnya Nasib

November 4, 2006 at 11:06 am (Bebelanku)

Assalamualaikum semua. Hari ni saya takde nak cerita apa-apa sangat cuma nak cerita tentang malangnya hari ni. Awal pagi lagi dah ditimpa malapetaka.

Pertama rumah saya dipecah masuk kira-kira dalam pukul 2.45 pagi tadi. Barang memang tak banyak yang sempat ambil sebab Ibu saya dah terperasan kehadiran malaun ni. Cuma tak kenal jer dan sempat pula maling ni meloloskan diri. Barang yang hilang cuma handphone dan kunci motorsikal. Barang lain rasanya takde.

Yang keduanya pula, dalam pukul 7.00 pg tadi, bila buka email akaun Google Adsense saya pula di ‘disable’kan. Heh, biginilah nasib diriku yang malang. Saya dah buat langkah yang perlu. Harapnya dapat diteruskan lagi beradsense. Ponek den kumpo duit tu tau…

Apapun pengajaran yang boleh saya dapat hari ni, kalau bukan rezeki kita, dah masuk dalam mulut pun boleh terkeluar balik. 😉

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 13 Komen

Memandang SPAM sebagai satu ancaman.

September 20, 2006 at 5:02 pm (Bebelanku, Jenayah Siber, Spam)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak bercerita tentang SPAM pula. Spam adalah satu salahguna sistem mesej elektronik, dan biasanya dihantar dalam jumlah yang besar. Tidak kiralah dalam jenis apapun, termasuk di laman forum, email, atau khidmat pesanan ringkas (SMS) sekalipun. Atau dengan erti kata lain, penerima mesej tidak rela menerima mesej itu, lebih-lebih lagi kalau menerima lebih dari satu mesej.

Siapa yang tak emailnya tak pernah kena SPAM angkat tangan..! Heh.. rasanya semua pengguna teknologi akan terima dan menghadapi masalah ni. Biasanya email dari mereka yang tidak dikenali ini akan menghantar mesej-mesej berbentuk iklan, surat berantai, atau lebih malang, mesej-mesej kebencian agama dan kaum.

Saya pun sebenarnya tak terkecuali dengan aktiviti SPAM ini dulu. Maklumlah, tak berapa nampak cara yang sesuai untuk beriklan. Biasanya saya akan kumpul alamat email dari email spam yang datang ke kotak email saya. Kemudiannya saya akan kumpulkannya ke Microsoft Words. Sesudah agak banyak alamat yang dikumpul, saya akan menyediakan satu email baru untuk tujuan ini. Nah tibalah masanya untuk ‘menyepam’ email orang lain.

Uish… apahal budak ni ngajo orang untuk SPAM pulak ni? o Hehe.. saya cuma menceritakan pengalaman sahaja. 😛 Selain mengumpulkan alamat email ‘mangsa-mangsa’ saya juga selalu SPAM groups seperti Yahoo! Groups. Cara ini nampaknya seakan lebih berkesan, kerana jumlah mereka yang akan menerima mesej kita adalah lebih besar.

Apapun sekarang ini saya sudah tinggalkan aktiviti tidak sihat ini, kerana ianya merupakan satu JENAYAH. Cuma kita seakan tidak sedar atau mungkin tidak tahu fakta ini.

Oh ya, saya teringat luahan seorang owner laman web dan ebook yang mengajar pembacanya melakukan SPAM untuk melakukan promosi terpaksa mengakui keburukan SPAM setelah mempunyai masalah demi masalah dengan ISP laman webnya.. )

Oklah bebelan saya setakat ini. Maaf kalau anda semua dah tahu apa yang saya bebelkan ni. Harapnya mungkin ada mereka yang masih tidak tahu mendapat manfaat dari posting ini. Oh ya, kalau boleh ada yang nak tambah sedikit info tentang SPAM ni memang dialu-alukan. ;) Rasanya masih banyak yang boleh diceritakan tentang SPAM ni.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 9 Komen

Takkan ku toleh ke belakang. Walaupun harus merangkak ke depan.

September 13, 2006 at 3:47 am (Bebelanku)

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Hari ni tajuk panjang skit. Tapi jangan risau saya nak membebel sikit je hari ni.

Saya sebenarnya sekarang ni tengah servis dan siapkan 3 unit Pc untuk dijual. Pc2 ini dari bisnes Cyber cafe dan computer services yang saya pernah jalankan sejak 26 Dec 2004.

Sekarang ni saya dah tutup dah atas alasan tidak menguntungkan. Tapi apa yang sebenarnya berlaku, saya sudah begitu bosan dengan bisnes tu. Tapi tak pula saya tahu punca sebenar saya jadi camtu, sebab asalnya saya memang begitu meminati kerja saya tu – servis dan baikpulih komputer.

Mungkin juga saya ni terlalu bosan melayan karenah pelanggan yang tak mengerti situasi kita? Mungkin juga. Atau mungkin penyakit malu saya yang tak terbendung membuatkan saya jadi begini? Argh.. macam-macam alasan yang boleh saya keluarkan kat sini, walaupun saya sendiri kurang pasti dengan alasan – alasan tersebut… :-/

Tapi yang pasti, saya ingin memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan online dan program-program buat duit di internet kerana ini sahaja alternative kepada alasan – alasan saya kat atas tu.

Kali ini, seperti judul posting kali ni, saya berikrar, meneruskan perjuangan saya mencapai kebebasan kewangan. Harap pembaca semua doakan saya berjaya ya! ;)

Eh, panjang juga posting saya kali ni ye. Heh… tak sengaja beb… seronok sangat membebel ni rupanya… 😛

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 23 Komen

Komitmen, Pengkhususan dan Konsistensi.

Ogos 15, 2006 at 2:36 am (Bebelanku)

Kali ni saya nak cerita sedikit tentang KOMITMEN, PENGKHUSUSAN dan KONSISTENSI. Setiap manusia memang dilahirkan dengan bakat yang tersendiri. Memang unik antara satu dengan lain. Hatta kembar seiras atau kembar siam sekalipun mempunya perbezaan –TIDAK SAMA.

Ada manusia yang mampu memberi komitment kepada dua tiga pekerjaan serentak dan berjaya dengan kesemua yang dilakukan tetapi ada juga yang tidak. Begitulah dengan saya.

Pada permulaan saya berjinak-jinak dalam bisnes dari rumah / internet sekitar penghujung tahun 2005, saya terlibat dengan perniagaan mailorder. Itupun setakat tolong-tolong ayah sahaja. Memang saya tak keluarkan modal. Nak kata menguntungkan memang terus terang saya katakan, tak balik modal, tetapi banyak yang saya pelajari. Terutama sedikit ilmu tentang pengiklanan, dan pemasaran. Memang berguna juga saya rasa. Tidaklah rasa rugi sangat. – Tetapi sekarang ini saya TIDAK TERUSKAN LAGI perniagaan ini.

Kemudian saya join pula autosurf. Memang langsung tak mendatangkan hasil. Rugi masa dan tenaga sahaja. Rupanya program yang saya join ni ialah SCAM. Nasiblah tak keluarkan apa-apa modal, kalau tak mungkin sekarang ni saya tak teruskan lagi usaha menambah pendapatan melalui internet ini kerana kecewa ditipu. . – Sama seperti perniagaan mailorder, saya TIDAK TERUSKAN lagi program-program seperti ini

Selepas itu, saya mula mengenali pula program-program ‘high yield investment program’ ataupun singkatannya HYIP. Saya join pun sekadar suka-suka, memang tidak berangan langsung boleh jadi kaya dengan program seperti ini. Cuma untuk menambahkan sedikit duit poket sahaja. Program seperti ini memang besar risikonya. Memang tiada jaminan untuk untung. Sayapun sudah banyak rugi semasa mula-mula join dahulu, tetapi sekarang ini sudah dapat mengurangkan kehilangan pelaburan, walaupun risiko kehilangan modal memang sentiasa ada, tetapi buat masa ini, saya masih TIDAK SERIK untuk meneruskannya.

Dalam masa yang sama join pula MLM (Multi Level Marketing) Kira bisnes ini memang nampak kesannya. Walau memang agak kurang berkesan dan menguntungkan pada permulaan. Biasalah tu, takkan nak terus mendadak naiknya. Sedikit-sedikit naik. Untuk jangka masa yang panjang, saya masih percaya perniagaan jenis ini. Saya MASIH MENERUSKANNYA lagi sehingga sekarang.

Disamping itu, saya juga menyertai program-program perkongsian keuntungan, iaitu affiliate. Memang nyata dan berbaloi. Tidak terfikir untuk berhenti sekerat jalan. Memang saya akan TERUSKAN

Tapi bila difikir-fikir balik, dalam apa yang kita lakukan selain komitmen, pengkhususan memang teramat penting. Dengan pengkhususan kita dapat memberi komitmen yang lebih baik. Terfikir juga, jika saya tumpukan kepada MLM sebagai contoh, tidak mustahil sekarang ini saya sudah mampu untuk membeli tanah dan rumah sendiri.

Apapun, saya masih bercita-cita untuk mempunyai perniagaan sendiri di alam siber ni. Tapi idea masih tidak ada lagi. Iyalah, teringin juga nak menjual barang sendiri. Asyik jual barang orang sahaja…:P

Akhir kata, walauapa bisnes yang kita lakukan, yang lebih penting rasanya ialah KONSISTENSI. Itu yang paling penting pada saya. Takguna kita hanya bersemangat pada permulaan atau bila mendapat keuntungan / kejayaan sahaja, tetapi bila mula ditimpa sedikit musibah dan halangan terus luntur begitu sahaja semangat yang ada.

Oklah cukup dulu saya membebel setakat ini. Saya harap sangat komen anda semua tentang topik ini.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Bebelanku yang Pertama!

Ogos 14, 2006 at 2:37 am (Bebelanku)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini posting saya yang pertama. Posting pertama untuk blog pertama dengan WordPress ni. Komen para pelawat memang amat diperlukan. Maklumlah satu hapa tak tahu tentang wordpress ni.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 2 Komen