Bengkel Asas Perniagaan Internet

November 16, 2006 at 7:14 am (affiliates, google adsense, Kursus/Kelas, Pemasaran Internet, Promosi)

Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita kali ni. Hari ini pun saya takde nak membebel apa-apa, hanya nak buat hebahan mengenai Bengkel Asas Perniagaan Internet yang bakal berlangsung. Bengkel ini memuatkan 4 modul penting untuk para peserta, khas untuk membimbing mereka yang masih keliru, tidak tahu untuk bermula dan hampir berputus-asa di dalam usaha membina perniagaan internet sendiri. 😉 Berikut adalah detailnya:-

Tarikh: 25 November 2006, Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Komputer, UKM Bangi.
Yuran Penyertaan: RM270 seorang
Hanya 25 penyertaan SAHAJA diterima

Bengkel anjuran pihak ebizmalaysia ini akan menampilkan 2 speaker dari bidang masing-masing iaitu Saudara Zulfadli dari smartusaha.com dan Saudara Shamsuriyadi dari rajaadsense.com. Saudara Zulfadli akan berbicara mengenai perniagaan dan pemasaran internet manakala saudara Shamsuriyadi pula lebih kepada Program Affiliate dan Adsense.

Mungkin anda sudah mengenali pihak ebizmalaysia yang telah berjaya menganjurkan bengkel perniagaan internet sebelum ini di Kolej Shahputra, Kuantan Pahang 26 Ogos yang lepas.

Nota: Setiap perserta akan disediakan sebuah komputer dengan akses internet untuk sesi praktikal.

Jika berminat, layari url berikut untuk mendapatkan tempat anda. ebizmalaysia dot com

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

Pautan Kekal Ulasan Dimatikan pada Bengkel Asas Perniagaan Internet

Pendapatan pasif untuk semua?

Oktober 15, 2006 at 2:28 am (affiliates, Buat Duit, google adsense, passive income, Pay Per Click Program, residual income)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Saya kembali setelah dua minggu tidak menulis. Topik kali ini sebenarnya amat menarik perhatian saya, dan mungkin mereka yang seperti saya – PEMALAS! Kebiasaanya manusia inginkan sesuatu yang mudah. Mungkin ada yang mengatakan pendapatan pasif ini semudah – “Kerja sedikit tapi untung besar” Heh… adakah benar kenyataan yang pendapatan pasif ini terlalu mudah?

Ya, mungkin ada sedikit kebenaran dari kenyataan itu, tapi harus diingat, – “yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek”. Kita memang wajib berusaha. Kebiasaannya sumber pendapatan pasif ini memerlukan usaha yang giat setidak-tidaknya pada permulaan.

Mari kita teruskan. Apakah pendapatan pasif? Pendapatan pasif bermaksud hasil dari pelaburan perniagaan terdahulu yang diterima walaupun kita tidak lagi aktif melakukannya. Seperti maksud pasif itu sendiri iaitu tidak aktif. Pendapatan yang kita dapat kelihatan seperti tidak memerlukan banyak usaha.

Oke, mungkin anda juga pernah mendengar tentang ‘residual income’ dan terkeliru dengannya. Residual income bermaksud pendapatan berulang yang kita terima setelah jualan permulaan dibuat. (Mungkin kita boleh bercerita tentangnya di lain entry)

Mari kita lihat pilihan yang boleh dibuat untuk mendapat pendapatan pasif:-

  • Pembangunan produk yang tidak terlalu memerlukan khidmat pelanggan dan boleh menjual secara auto seperti menerbitkan buku atau e-book atau CD/VCD/DVD anda sendiri.
  • Membuat sistem affiliate anda sendiri yang menjual produk atau servis anda. Agen-agen anda akan mendapatkan pelanggan untuk anda.
  • Multi-Tier affiliate program. Dapatkan agen yang lain untuk menjadi rekrut anda dan terimalah hasil dari jualan yang dibuat mereka.
  • SEO, atau Search engine optimization. Penting bagi anda mendapat ranking yang tinggi di engin – engin carian untuk laman web atau blog anda yang menjual produk atau perkhidmatan. Engin carian ini akan membuat jualan untuk anda.

Mungkin ada banyak lagi pilihan untuk mendapatkan pendapatan pasif ini, tetapi saya ingin ulang, untuk mendapatkan pendapatan pasif ini memang memerlukan usaha yang bukan main – main. Lihat saja pilihan yang diberikan di atas, setiap satunya memerlukan gerak kerja yang padu dan bersungguh-sungguh. Apa yang lebih penting pendapatan yang pasif bukanlah untuk mereka yang PEMALAS!!!

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 6 Komen