Malangnya Nasib

November 4, 2006 at 11:06 am (Bebelanku)

Assalamualaikum semua. Hari ni saya takde nak cerita apa-apa sangat cuma nak cerita tentang malangnya hari ni. Awal pagi lagi dah ditimpa malapetaka.

Pertama rumah saya dipecah masuk kira-kira dalam pukul 2.45 pagi tadi. Barang memang tak banyak yang sempat ambil sebab Ibu saya dah terperasan kehadiran malaun ni. Cuma tak kenal jer dan sempat pula maling ni meloloskan diri. Barang yang hilang cuma handphone dan kunci motorsikal. Barang lain rasanya takde.

Yang keduanya pula, dalam pukul 7.00 pg tadi, bila buka email akaun Google Adsense saya pula di ‘disable’kan. Heh, biginilah nasib diriku yang malang. Saya dah buat langkah yang perlu. Harapnya dapat diteruskan lagi beradsense. Ponek den kumpo duit tu tau…

Apapun pengajaran yang boleh saya dapat hari ni, kalau bukan rezeki kita, dah masuk dalam mulut pun boleh terkeluar balik. 😉

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

13 Komen

  1. cikguonline said,

    La kesian nya…. dia masuk ikut mana ye?

  2. soulof99 said,

    Dia ikut pintu belakang cikgu. Kat dapur. Pintu tak pipecah secara paksa. Guna masterkey lagaknya.

  3. aciq said,

    Iskkk sabar ek…ader hikmah bg stiap kejadian tu, syukur alhamdulillah sbb malaun tu x bertindak ganaz, bende yg dia amik tu anggap la x sberapa, nyawa kita lbih berharga kan?

  4. starstreet said,

    tul la tu… nasib baik tak der benda2 yang betul2 berharga hilang…

  5. soulof99 said,

    Erm, betul tu aciq & am.

    Rupanya lepas post entry ni, baru Ibu saya perasan barang2 kemas ada yang hilang. Apapun saya tetap bersyukur sebab Ibu dan adik tak diapa2kan. Lagi satu si maling dah dah dapat dikesan. Dalam proses nak ambil balik apa yang dah dicuri ‘beliau’ (Kami tak gi report kat polis)

    Erm.. tang akaun google di disable ni masih belum selesai lagi. Google tak reply apa2 lagi. Erm harapnya tak di ban. Tapi kalo kena juga nak buat camne kan? Pelik gak sebab saya tak pernah langgar TOS mereka pon. Cuba ikut sebaik mungkin. Taktaulah ada orang yang pedajaikan saya ni, ataupon ‘Adsense betul2 mati?’ ;P

  6. walikard said,

    Hmm, kali ni soulof99 kena ujian…harap bersabar ye…sungguh bertepatan sekali hikmah yang soul nyatakan tu..peringatan buat diriku jua.

  7. Fuad said,

    Sabarla syeikh… camne leh kesan plak? Ko kenal ke pencurik tu?

  8. soulof99 said,

    Tima ksih, bro walikard & bro fuad.

    Camni citenya, dalam pukul 12 mlm lebih, si maling ni datang ke rumah dengan muka darah2. Dia kata kena belasah ngan indon. Indon tu tuduh dia mencuri. Pastu dia tanya ayah, adik jawab ayah kat kedai. Pastu dia nak pinjam duit nak gi hospital. Adik pon bagi le…

    Pastu masa kejadian tu, si maling tertinggal selipar kat luar rumah. Pastu kami takde syak orang lainlah. Esoknya, ayah gi tanya kat adik dia, kenal tak selipar sapa ni? Pastu adik dia ngaku selipar dia. Pastu adik dia siap citer abang dia kena pukul ngan indon sebab memang abang dia tengah nak curi barang motor indon. Tu yang di riot mat2 indon tu…

    Camtulah citenye lebih kurang….

  9. starstreet said,

    adsense mati!!! betul2 discredit tu… tak tau la… eemm lama am tak cek adsense am… tah2 dah mati jugak kot… jap nak cek plak pasni…

  10. syazwan said,

    tabahkan hati ok! ada hikmah tu

  11. Fuad said,

    Heheh..brani betol ye dia pegi mintak tulun korang plak.. Aduh2..macam2 manusia nih.. Jadi..dapat balik tak barang tu? Reporter plak aku nih…

  12. soulof99 said,

    Tu la, rasanya dia nekad jer. Memula pinjam duit, pastu adik saya cuai tinggalkan kunci kat motor. Lepas adik sy masuk umah dia gi ambik kunci tu. Kat kunci tu plak ade kunci pintu dapur, tu yang dia lalu ikut blkg tu.

    Kiranya dia silap langkah le tu, kalo dia datang curi hari lain mungkin kitorang tak akan syak pon dia yang masuk umah. Alhamdulillah lah… tadi akhirnya bapak si maling ni dapat tahu juga yang anak dia ni mencuri. Bapak dia sendiri suruh report kat polis.

    Maghrib tadi baru polis datang ambik gambor semua… buat2 cam baru pecah masuklah. Buat cam laci terbuka lepas diselokar… 😛

  13. bisnesinternet said,

    Betul kata awak soulof99. Kalau dah tertulis rezeki kita macammmana pun ia akan balik pada kita. Saya pun hilang mende berharga, itupun terlupa letak, sekejap aje dah hilang. Tapi perkara yang penting sekali bila macam tu berlaku pada kita ialah bersabar dan banyakkan berdoa pada Allah di samping berusaha.

Comments are closed.

%d bloggers like this: