Nah, projek ebook dari den pulak!

Oktober 16, 2006 at 6:14 am (Download Percuma, E-book Pilihan, Pengurusan Stress, Projek)

Assalamualaikum semua. Sempat juga saya menulis lagi hari ini. Untuk entri kali ini tiada apa yang menarik sangat, Dalam bulan ramadhan ni banyak juga idea yang datang walau tak sempat nak aplikasikan semua di sini.

Okelah baru – baru ni saya kegersangan talian internet. Hampir dua minggu tak berinternet kerana masalah talian streamyx di rumah dan dalam masa tu saya sempat translate dan olah naskah yang entah dari mana datang ada hardisk saya ni. Saya lihat ianya agak menarik untuk berkongsi bersama, dan saya olah dan jadikannya sebagai ebook format pdf.

Sebenarnya saya malu nak publish lepas baca entry di blog Mr Shuth tentang Pesta E-book sebab tengok semuanya publish ebook yang hebat-hebat. Terutama adik kita Si Dely tu… 🙂 Tapi takpe, inipun projek suka-suka jer seperti projek ebook dari Cikguonline dulu.

Apapun, walau hanya projek suka -suka, saya harapkan komen anda semua. Tidak kiralah dari sudut apapun. Nak kutuk ke hentam ke silakan. Jangan biarkan entry ini tak berkomen 😉

Oklah sila download projek e-book ‘20 Langkah Mengatasi Stress‘ saya ni di sini

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

 

Advertisements

13 Komen

  1. Fuad said,

    Dah download.. Mekasih bro.. rajin btol wat e-book. Sumbangan anda amatlah dihargai.. 🙂

  2. cikguonline said,

    Wah bagus ni…. dah download. thank bro…

  3. labanon said,

    Wah dah d/l.. bagus2 langakh2 utk mengatasi masalah STRESS.. memang betul2 berguna.. thanx bro 😛

  4. aku said,

    tahniah dah buat ebook.

    1. jangan gune tajuk kale merah (pandangan peribadi aku)
    2. kalo bleh, jadikan link boleh diklik (cadangan aku)

    walaupon aku tegur ni, akunye ebook masih tak boleh menandingi mana-mana ebook yang ada dipasaran 😦 maybe aku perlu berharap kepada system yang aku bina 🙂 mintak2lah system tu dapat sambutan penulis2 ebook.

    wahhhh… semakin tensen sebab semua orang dah lancar, tapi aku blom lagi…

  5. hardyweb said,

    weh.. bagu bagus ko dah ada ebook.. ..

    aku pun tengah buat nih .. tapi tak siap lagi .. wakakka ..

    maklum je la .. byk benda nak kena sunting dan tulis.. semua bab teknikal

    kalau nak tengok buku pre relis bleh contact aku ..

  6. soulof99 said,

    Tima kasih semua. Buat En. Aku, Tajuk tu sbnarnya mmg saya tak dpt cari kaler lain untuk membuatkan kita pandang stress ni sesuatu yang negatif kalau tak ditangani. Kiranya kaler tu je yg sy nampak. 🙂 Ttg link tu plak mmg dah buat camtu pon memula, tp bila try software utk convert ke pdf tak jadi lak. Inipon sy convert online jer kat http://www.pdfonline.com/.

    Oklah kalau ade apa2 komen lagi boleh post lagi. 😉

  7. syedas said,

    Terima kasih atas e-book tersebut..Memang boleh hilang stress klau amalkan….

  8. bono201 said,

    Tahniah.Terima kasih.Aku dah donlod…

  9. aciq said,

    Trimas eh soulof99…da dload da ebook STRESS tu, bole djadikan panduan…

  10. walikard said,

    Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu 😉

  11. holyorder said,

    tima kasih. quite good. tapi tulisan stress tu cam ingatkan pada dadah ajer.

  12. soulof99 said,

    Haha, kire menjadi gak le tu holyorder. Memang sengaja nak beri ‘effek’ menggangu di situ. Walaupon jauh sampai ke dadah, tapi kira ok la tu kot… Heehee

  13. holyorder said,

    Hmmm… kebetulan pulak saudara Soul, saya ada belajar sedikit2 tentang energy medicine. Memang ada teknik2 yang boleh dipakai untuk mengurangkan stress. I shall look into it. Tapi bukan sekarang lah. Sekarang tengah final.Mungkin kalau saudara Soul update buku tu, boleh menimbang samada nak taruk teknik tu atau tidak. Teknik tu adalah Z-Point. Laman web dia boleh lawat kat http://www.zpointprocess.com/

Comments are closed.

%d bloggers like this: