Pendapatan pasif untuk semua?

Oktober 15, 2006 at 2:28 am (affiliates, Buat Duit, google adsense, passive income, Pay Per Click Program, residual income)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Saya kembali setelah dua minggu tidak menulis. Topik kali ini sebenarnya amat menarik perhatian saya, dan mungkin mereka yang seperti saya – PEMALAS! Kebiasaanya manusia inginkan sesuatu yang mudah. Mungkin ada yang mengatakan pendapatan pasif ini semudah – “Kerja sedikit tapi untung besar” Heh… adakah benar kenyataan yang pendapatan pasif ini terlalu mudah?

Ya, mungkin ada sedikit kebenaran dari kenyataan itu, tapi harus diingat, – “yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek”. Kita memang wajib berusaha. Kebiasaannya sumber pendapatan pasif ini memerlukan usaha yang giat setidak-tidaknya pada permulaan.

Mari kita teruskan. Apakah pendapatan pasif? Pendapatan pasif bermaksud hasil dari pelaburan perniagaan terdahulu yang diterima walaupun kita tidak lagi aktif melakukannya. Seperti maksud pasif itu sendiri iaitu tidak aktif. Pendapatan yang kita dapat kelihatan seperti tidak memerlukan banyak usaha.

Oke, mungkin anda juga pernah mendengar tentang ‘residual income’ dan terkeliru dengannya. Residual income bermaksud pendapatan berulang yang kita terima setelah jualan permulaan dibuat. (Mungkin kita boleh bercerita tentangnya di lain entry)

Mari kita lihat pilihan yang boleh dibuat untuk mendapat pendapatan pasif:-

  • Pembangunan produk yang tidak terlalu memerlukan khidmat pelanggan dan boleh menjual secara auto seperti menerbitkan buku atau e-book atau CD/VCD/DVD anda sendiri.
  • Membuat sistem affiliate anda sendiri yang menjual produk atau servis anda. Agen-agen anda akan mendapatkan pelanggan untuk anda.
  • Multi-Tier affiliate program. Dapatkan agen yang lain untuk menjadi rekrut anda dan terimalah hasil dari jualan yang dibuat mereka.
  • SEO, atau Search engine optimization. Penting bagi anda mendapat ranking yang tinggi di engin – engin carian untuk laman web atau blog anda yang menjual produk atau perkhidmatan. Engin carian ini akan membuat jualan untuk anda.

Mungkin ada banyak lagi pilihan untuk mendapatkan pendapatan pasif ini, tetapi saya ingin ulang, untuk mendapatkan pendapatan pasif ini memang memerlukan usaha yang bukan main – main. Lihat saja pilihan yang diberikan di atas, setiap satunya memerlukan gerak kerja yang padu dan bersungguh-sungguh. Apa yang lebih penting pendapatan yang pasif bukanlah untuk mereka yang PEMALAS!!!

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

6 Komen

  1. labanon said,

    Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan
    Jika anda miss salah satu jawapnya bukanlah kejayaan 😛

  2. soulof99 said,

    Yup! Betul tu. Kalau usaha tanpa mendapat redha Maha Pencipta pun tak boleh. Begitu juga sebaliknya. Semoga sukses semua… 😉

  3. epicyan said,

    Assalamualaikum.

    Terima kasih pasal kasi ebook.
    Saya dah download. 🙂

    Semoga success selalu.

    Wassalam.

  4. soulof99 said,

    Sama2 epicyan… 😉

  5. notaforex said,

    betul tu aku setuju…..kalau malas suma jadi alasan – bak kata Dr. Fadilla Kamsan – orang lain buat duit kita sibuk cari alasan.

  6. starstreet said,

    pada am usahawan internet bukan untuk orang malas… cuma kerja kita memerlukan kita berfikir dan gunakan otak… kemudian serta pelbagai jenis pengikanan.. berbanding yang makan gaji mereka kena guna tenaga… terlalu sedikit yang berkerja guna otak… dan terlalu banyak yang berkerja menggunakan otak dan tenaga… tapi kelebihan kita ianya menjadi pasif kerana hampir semua kerja kita boleh diautomasikan oleh komputer dan software yang diguna… so takde sebab nak kata kita malas… sebab kita berusaha guna otak dan terima hasil yang berterusan… selain tu kita masih lagi membayar untuk memudah kan kerja kita cam guna PPC… kemudian kita dapat hasil….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: