Memandang SPAM sebagai satu ancaman.

September 20, 2006 at 5:02 pm (Bebelanku, Jenayah Siber, Spam)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya nak bercerita tentang SPAM pula. Spam adalah satu salahguna sistem mesej elektronik, dan biasanya dihantar dalam jumlah yang besar. Tidak kiralah dalam jenis apapun, termasuk di laman forum, email, atau khidmat pesanan ringkas (SMS) sekalipun. Atau dengan erti kata lain, penerima mesej tidak rela menerima mesej itu, lebih-lebih lagi kalau menerima lebih dari satu mesej.

Siapa yang tak emailnya tak pernah kena SPAM angkat tangan..! Heh.. rasanya semua pengguna teknologi akan terima dan menghadapi masalah ni. Biasanya email dari mereka yang tidak dikenali ini akan menghantar mesej-mesej berbentuk iklan, surat berantai, atau lebih malang, mesej-mesej kebencian agama dan kaum.

Saya pun sebenarnya tak terkecuali dengan aktiviti SPAM ini dulu. Maklumlah, tak berapa nampak cara yang sesuai untuk beriklan. Biasanya saya akan kumpul alamat email dari email spam yang datang ke kotak email saya. Kemudiannya saya akan kumpulkannya ke Microsoft Words. Sesudah agak banyak alamat yang dikumpul, saya akan menyediakan satu email baru untuk tujuan ini. Nah tibalah masanya untuk ‘menyepam’ email orang lain.

Uish… apahal budak ni ngajo orang untuk SPAM pulak ni? o Hehe.. saya cuma menceritakan pengalaman sahaja. 😛 Selain mengumpulkan alamat email ‘mangsa-mangsa’ saya juga selalu SPAM groups seperti Yahoo! Groups. Cara ini nampaknya seakan lebih berkesan, kerana jumlah mereka yang akan menerima mesej kita adalah lebih besar.

Apapun sekarang ini saya sudah tinggalkan aktiviti tidak sihat ini, kerana ianya merupakan satu JENAYAH. Cuma kita seakan tidak sedar atau mungkin tidak tahu fakta ini.

Oh ya, saya teringat luahan seorang owner laman web dan ebook yang mengajar pembacanya melakukan SPAM untuk melakukan promosi terpaksa mengakui keburukan SPAM setelah mempunyai masalah demi masalah dengan ISP laman webnya.. )

Oklah bebelan saya setakat ini. Maaf kalau anda semua dah tahu apa yang saya bebelkan ni. Harapnya mungkin ada mereka yang masih tidak tahu mendapat manfaat dari posting ini. Oh ya, kalau boleh ada yang nak tambah sedikit info tentang SPAM ni memang dialu-alukan. ;) Rasanya masih banyak yang boleh diceritakan tentang SPAM ni.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

9 Komen

  1. cikguonline said,

    Rasa macam tsunamiwang je…. ye tak

  2. soulof99 said,

    Oh, ttg owner web tu ker? Ye kot… 😛

  3. Fuad said,

    Kalo SPAM sekali sekala boleh terima lagi. Tapi berlambak2 memang menyusahkan.. Kalo dah insaf tu baguslah…

  4. soulof99 said,

    Ha’ah.. betul tu. Dah le berlambak2, tiap2 hari plak lagi. Sakit betul…

  5. roshaizulnizam said,

    Aku selalu dapat spam minta derma rm2…

  6. soulof99 said,

    Haha… mmg glamor gak email spam jenis tu. Bayangkan je lah sy dapat hampir 10 email camtu dulu. Kira bengang gak ar…

  7. starstreet said,

    kadang2 spam tu ada gak baiknya… sometime kita dapat jugak info terbaru… tapi yang tak baiknya kebanyakannya nak ajak join skim cepat kaya… tensen… am tak penah join benda2 tu semua… manakutkan..

  8. soulof99 said,

    Haha.. tulah masalah nya… sy pun takdelah anti sangat dgn spam ni, kalau setakat 2 3 email, pastu dpt email yang ada info yang bagus mmg tak tensen. Ni dahlah ntahapahapa, sekali anto bebanyak. Tu yang serabut kepala otak tu.. 😛

  9. syedas said,

    Sy pun setuju….Klau spam tu info yang bagus, boleh consider lagi laa….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: