Takkan ku toleh ke belakang. Walaupun harus merangkak ke depan.

September 13, 2006 at 3:47 am (Bebelanku)

Assalamualaikum dan apa khabar semua? Hari ni tajuk panjang skit. Tapi jangan risau saya nak membebel sikit je hari ni.

Saya sebenarnya sekarang ni tengah servis dan siapkan 3 unit Pc untuk dijual. Pc2 ini dari bisnes Cyber cafe dan computer services yang saya pernah jalankan sejak 26 Dec 2004.

Sekarang ni saya dah tutup dah atas alasan tidak menguntungkan. Tapi apa yang sebenarnya berlaku, saya sudah begitu bosan dengan bisnes tu. Tapi tak pula saya tahu punca sebenar saya jadi camtu, sebab asalnya saya memang begitu meminati kerja saya tu – servis dan baikpulih komputer.

Mungkin juga saya ni terlalu bosan melayan karenah pelanggan yang tak mengerti situasi kita? Mungkin juga. Atau mungkin penyakit malu saya yang tak terbendung membuatkan saya jadi begini? Argh.. macam-macam alasan yang boleh saya keluarkan kat sini, walaupun saya sendiri kurang pasti dengan alasan – alasan tersebut… :-/

Tapi yang pasti, saya ingin memberi sepenuh perhatian kepada perniagaan online dan program-program buat duit di internet kerana ini sahaja alternative kepada alasan – alasan saya kat atas tu.

Kali ini, seperti judul posting kali ni, saya berikrar, meneruskan perjuangan saya mencapai kebebasan kewangan. Harap pembaca semua doakan saya berjaya ya! ;)

Eh, panjang juga posting saya kali ni ye. Heh… tak sengaja beb… seronok sangat membebel ni rupanya… 😛

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Advertisements

23 Komen

  1. walikard said,

    Alhamdulillah, dapat gak saya bagi comment. Rupa2nya kena guna username wordpress 🙂 Hehe, perjuangan belum selesai 😉 Teruskan perjuangan, demi Islam, negara dan bangsa…InsyaALLAH, saya yakin Aizad berkemampuan untuknya

  2. soulof99 said,

    Hehe… Insya-Allah… sy akan teruskan perjuangan yang takkan pernah selesai ni – dapatkan rezeki yang halal dan dah tentulah kalau boleh, boleh bebas dari segi kewangan. Kalau dapat capai matlamat ni, sy rasa lagi senang dan mudah perjuangan untuk Agama dan negara… 😉

  3. fuadibr said,

    Selamat berjaya.. nnti dah berjaya tentu merasa puas melihat kembali perjalanan yang dilalui 🙂

  4. Fuad said,

    Test2..nak check setting kat wordpress dah ok tak. Tadi tak set primary blog betul2.. 🙂 Tumpang test kejap ye…

  5. soulof99 said,

    Tima kasih semua… encik fuad ni main test2 plak… komen le skit posting2 sy kat sini. Apa daa… 😛

  6. cikguonline said,

    Bagus nye pandai buat PC sendiri

  7. soulof99 said,

    Biasa je cikgu. Bukan hebat sgt pon. Tapi kalo nk cuba2 belajar repair PC sendiri, bolehlah klik kat ‘E-book Repair PC’ kat column kanan blog ni.. 😛

  8. Fuad said,

    Heh.. Dah komen ape.. fuadibr = Fuad 🙂 Sekarang ni tgh jalan lagi ke dah merangkak dah? 😉

  9. soulof99 said,

    Cheh.. orang yg sama ghopenye… ingat ramai le yang komen… 😛 Heh.. skang ni masih merangkak le bro… banyak nak kena belajo lagi… 😉

  10. aku said,

    bro, aku cadangkan teruskan gak dengan offline business. adakah cadangan aku ni mengajak ko menoleh kebelakang? 😛

  11. soulof99 said,

    Heh.. entah le… den pon tak tahu nak cakap apa. Bukan nak kata den ni anti sosial, tapi memang tak berapa reti nak layan karenah pelanggan secara ‘live’ camtu. Mungkin buat waktu ini tak kut… tapi akan datang tak tahu lagi. 😉

  12. Fuad said,

    Aku suggest utk business offline tu ko carik partner yang PR skill power. Pengalaman aku, aku penah cerita business plan kat sorang nih.. minggu depan terus dia bwk masuk first customer.. heh.. Tapi aku akui memang susah gak nak carik orang yg betul2 bagus PR skill. Kadang2 jodoh jugak.. Apapon kalo jumpa orang camni.. kene grap cepat2… 🙂 Sekadar perkongsian pengalaman..

  13. soulof99 said,

    Erm.. sy percaya kalau dapat partner yang best camtu, kemungkinan besar bisnes akan sukses. Tapi buat sementara ni mungkin saya akan teruskan dengan online business. Tapi kalau ade sesapa anto PC kat umah ni, den baiki yo…

  14. aku said,

    aku plak, baiki PC free ntuk staff pejabat cni.. huhuhu.. tolong setakat terdaya, nak caj rasa tak patut plak..

    yang Fuad cadang tu memang best, tapi cam susah jer nak cari.. yang aku selalu jumpak, self-acclaimed reti marketing.. tapi hampesh…

  15. soulof99 said,

    – Itu kalau sistem PC lari, kalo hardware problem pon takkan tak charge… tapi ok gak, buat amal jariah. Ya tak..?

    – Huh yang jenis camtu kire masuk bakul angkat sendiri le tu. 😛

  16. yann said,

    erkk…..
    tumpang lalu gak….. 🙂

    ape projek ni??
    mcm projek beso jek…. 😉

    *****mcm ketinggalan plak….. 😛

  17. soulof99 said,

    Takde projek apepun cik yann.. cuma membebel ttg masa depan jer… 🙂

  18. yann said,

    opssss…..
    hahhaaa…sorrryyyy…… 😉

    assalamualaikum sume….. 🙂

  19. soulof99 said,

    Heh.. apa pulak sorry2… anda dialu2kan di sini.. 😉

  20. matzfain said,

    puas cuba nak login tp xbjaya plak..

    lps 10 kali baru boleh..

    Kita perlu pandang ke hadapan dan jgn toleh ke belakang..

    PS: Ikhlas dr Fai a.k.a matzfain

  21. soulof99 said,

    Thanks bro.. 😉

  22. zamrizain said,

    hehe… jadi plak blog aku ni. cuba test2. baguslah teruskan usaha anda. bak kata nicole ann david bila di interview oleh wartawan selepas kejayaannya muncul juara british open. Nicole mengatakan, ‘ “Work very hard consistently as nothing comes easy”

    (Berusaha amat keras dengan konsisten oleh kerana segalanya adalah tidak mudah)…

    Konsisten itu penting…

    oh lupa sy br jumpa blok ni. cun aaa…… tp nick blog ni bg sy susah ckit nk ingat. lawat 4-5 kali br ingat kot…

  23. soulof99 said,

    Heh.. betul apa yang Nicole kata tu…. konsistensi memang amat penting. Saya pun cuba untuk konsisten. Pada saya konsisten memang harus selalu dicuba dan dilatih. Ianya takkan datang dengan sendiri.

    Hehe.. susah nk ingat nick sy ye… hehe.. tak boleh nak ape le…. 😛

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: