Selamat tinggal dunia..!

November 26, 2006 at 9:50 pm (Bebelanku)

Assalamualaikum, dan salam terakhir, salam teristimewa. Hehe.. saje je bikin gempak dengan judul entry kali ni. Bukan apa, ini merupakan entry terakhir saya untuk blog ni kerana akan berpindah ke blog baru. Bukan apa, rasa ngeri pula jika blog disuspend oleh wordpress.com macam yang dialami oleh cikguonline.wordpress.com. Itu yang nak cepat-cepat pindah tu.

Okelah, buat pengunjung setia blog ni (heh ade ke pengunjung setia?) sudi-sudilah kiranya mengunjungi port baru blog seorang kutu ini di alamat – http://www.newbreeder.com/blog Kita berbualbicara di sana pula ya?

Oklah, saya nak buat post ‘selamat datang’ di blog baru pula. Jumpa kita di sana ya!

 

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 9 Komen

Buat duit dengan produk ‘Master Resell Right’

November 20, 2006 at 12:04 pm (Best Produk, Buat Duit, Resell Rights)

Assalamualaikum, dan salam buat duit semua..😛 Hari ni kita bercerita tentang produk ‘Resell Right’ pula. Apakah dia bendanya ni? Secara ringkas dan padat produk ini dari segi terjemahan ke Bahasa Malaysia ialah, produk yang mempunyai hak jualan semula (Erk… panjangnye…) Maksudnya, produk yang termasuk di dalam label ‘Master Resell Right’ ini memberikan kita hak menjual semula produk-produk tersebut.

Apakah kelebihannya dan bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk resell rights?

  • Kita boleh memiliki produk sendiri yang bagus dan mempunyai permintaan tinggi dengan lebih mudah.
  • Kita boleh menjual barangan tersebut pada harga yang anda tetapkan sendiri. Ianya terletak pada tangan kita sebagai reseller.
  • Tidak terhad untuk menjual produk-produk tersebut pada jumlah tertentu sahaja. Kita boleh menjual seberapa banyak yang anda suka. Adakah jumlahnya 10, 100, atau 1000 unit? Anda tentukan sendiri.
  • Memberi pulangan pelaburan (ROI – Return of Investment) yang tinggi. Bayangkan modal untuk anda dapatkan satu-satu produk yang mempunya hak jualan semula tersebut ialah RM45 sebagai contoh. Dengan hanya mendapatkan 2 atau tigak jualan, anda sudah boleh mendapatkan kembali modal dan membuat keuntungan.
  • Kita boleh setup pakej sendiri melalui produk2 perisian dan ebook yang mempunyai hak jualan semula. Contohnya kita boleh buat jual mengikut pakej tertentu seperti ‘pakej pemasaran’, ‘pakej webmaster’ atau apa sahaja yang sesuai dan berkaitan.
  • Kita juga boleh menjadikan produk-produk ini sebagai bonus kepada subscriber site/blog kita untuk tujuan marketing dan menambahkan pelawat dan pelanggan kita (sudah tentu ianya mendatangkan duit lagi kepada kita😛 )
  • Jika mahu, kita boleh membuat sistem affiliate kita sendiri dengan produk-produk ini.

Oke, itu sahajalah kot kelebihannya. Ada sesiapa nak tambah lagi? Hehe… tapi harus saya katakan, semuanya takkan menjadi jika tiada usaha. Segala kelebihan yang saya cuba paparkan di atas hanya akan jadi omong kosong jika tiada usaha dijalankan.😉

 

Oh ya, jika anda berminat untuk mendapatkan produk yang mempunyai hak jualan semula, bolehlah klik banner di bawah untuk mendapatkan ‘Pakej Master Resell’. Cuma RM27 jer (masa saya tulis entry ni ler, kalo dah naik harga nanti jangan marah ee..):P

Master Resell Rights Product

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 2 Komen

Bengkel Asas Perniagaan Internet

November 16, 2006 at 7:14 am (affiliates, google adsense, Kursus/Kelas, Pemasaran Internet, Promosi)

Assalamualaikum semua. Jumpa lagi kita kali ni. Hari ini pun saya takde nak membebel apa-apa, hanya nak buat hebahan mengenai Bengkel Asas Perniagaan Internet yang bakal berlangsung. Bengkel ini memuatkan 4 modul penting untuk para peserta, khas untuk membimbing mereka yang masih keliru, tidak tahu untuk bermula dan hampir berputus-asa di dalam usaha membina perniagaan internet sendiri.😉 Berikut adalah detailnya:-

Tarikh: 25 November 2006, Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Komputer, UKM Bangi.
Yuran Penyertaan: RM270 seorang
Hanya 25 penyertaan SAHAJA diterima

Bengkel anjuran pihak ebizmalaysia ini akan menampilkan 2 speaker dari bidang masing-masing iaitu Saudara Zulfadli dari smartusaha.com dan Saudara Shamsuriyadi dari rajaadsense.com. Saudara Zulfadli akan berbicara mengenai perniagaan dan pemasaran internet manakala saudara Shamsuriyadi pula lebih kepada Program Affiliate dan Adsense.

Mungkin anda sudah mengenali pihak ebizmalaysia yang telah berjaya menganjurkan bengkel perniagaan internet sebelum ini di Kolej Shahputra, Kuantan Pahang 26 Ogos yang lepas.

Nota: Setiap perserta akan disediakan sebuah komputer dengan akses internet untuk sesi praktikal.

Jika berminat, layari url berikut untuk mendapatkan tempat anda. ebizmalaysia dot com

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal Comments Off on Bengkel Asas Perniagaan Internet

Kelas web design & html coding

November 13, 2006 at 10:53 pm (Kursus/Kelas, Pembangunan Web, Promosi, Web Design)

Assalamualaikum semua. Hari ni saya takde apa yang nak dibebelkan, cuma nak buat pengumuman tentang kelas web design & html coding untuk sesiapa yang berminat. Buat pengetahuan semua, kelas ini dilakukan secara online. Berikut adalah detailnya.

Tarikh bermula: 14.11.2006 (Kursus akan diadakan tiap ari Selasa)
Subjek : Adobe Illustrator & Simple html untuk web statik
Bayaran : RM50
Tutor : En. Alfirus Ahmad

Skop yang bakal diajarkan oleh En. Alfirus Ahmad ialah

  • Design web interface menggunakan Adobe Illustrator
  • Mengenali coding basic html

Kelas 4 (empat) kali, 1 (satu) minggu sekali. Server testing untuk kursus ini di sediakan. Selepas kursus, kalau ada yang masih kurang faham boleh terus rujuk kepada En Alfirus. Beliau tak kenakan caj tambahan.

Bayaran boleh di buat ke akaun Maybank beliau. Nama pemegang akaun: Alfirus Ahmad, Nombor akaun: 158033-145701. Sila inform beliau melalui email selepas pembayaran di lakukan.

Pada saya ini tawaran yang benar-benar menarik. Terlalu berpatutan harganya. Sampai bila nak suruh orang designkan web untuk kita? Silap-silap nanti kita pulak boleh designkan orang lain punya web..😉

Berminat? Sila hubungi En. Alfirus melalui email di – alfirus[@]gmail.com (sila buang ‘[]’) atau telefon +6019-5071231.

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 7 Komen

Oh… Takkan Internet Marketing dah mati pulak…?

November 12, 2006 at 2:56 am (Download Percuma, E-book, Pemasaran Internet, Promosi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Amacam gempak tak judul entry kali ni? Huhu… Memang agak kontroversi. Lebih kurang macam ‘The Death of Adsense’ lagaknya.

Ok, saya baru sahaja download E-book ‘The Death of Internet Marketing’ oleh Mike Filsaime. Hehe, stail marketing ala-ala Scott Boulch ‘The Death of Adsense’.

Apapun secara melalui bacaan secara rambang. Pandangan saya tentang ebook 59 mukasurat ini ialah lawak yang bermakna. (Entah apa yang den cakap ni?).

Okelah, anda boleh download ebook (special report) PERCUMA di sini. Selamat Membaca.🙂

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 3 Komen

Jom ber ‘BidVertiser’!

November 9, 2006 at 1:00 am (BidVertiser, Buat Duit, google adsense, Pay Per Click Program)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry hari ni saya nak bercerita tentang Bidvertiser pula. Saya faham ramai yang dah tahu, malah dah pun mencuba dan dapat hasilnya. Takpe, blog ni pun diuruskan oleh newbie, harap ramai newbie yang boleh dapat manfaat dari entry kali ini.😉

Ok, kalau anda semua ada terbaca dalam entry saya yang lepas, anda mungkin sudah tahu akaun Google Adsense saya di suspend, tadi baru saya dapat respond kembali dari Google Adsense Team.

——————–

Hello,

Thank you for your appeal.

After receiving your response, we re-reviewed your account data thoroughly. We have reconfirmed that invalid clicks were generated on the ads on your site in violation of our Terms and Conditions and program policies.

https://www.google.com/adsense/terms
https://www.google.com/adsense/policies

We have these policies in place to help ensure the effectiveness of Google ads for our publishers as well as our advertisers. According to our policy on this matter, we are unable to reinstate you into the program.

As you may know, publishers disabled for invalid click activity are not allowed any further participation in AdSense. For this reason, you may not open a new account.

Please bear in mind that subsequent or duplicate appeals may not be considered and you may not receive any further communication from us. We appreciate your understanding.

Sincerely,

The Google AdSense Team

——————–
Nah, sudah rasmi saya di ban oleh Google Adsense. Tiada maaf bagiku. Huh, walaupun saya sampai sekarang tak tahu tang mana yang saya buat salah ni. Google Adsense Team memang takkan jawab secara detail. Sehingga saya disuspend hari tu pun saya sedaya upaya ikut TOS (Terms Of Services) mereka. Tapi apa boleh buat, memang takde rezki dah kot…😉

Oke, kita kembali kepada judul entry kali ini. Sebenarnya saya dah agak lama juga join Bidvertiser dan beberapa PPC yang lain. Kira – kira dalam bulan Julai yang lepas. Cumanya, saya tak begitu serius dan lebih tumpu kepada Adsense. Baru sekarang terfikir nak lebih serius dengan alternatif Pay Per Click (PPC) yang lain.😛

Mari saya ceritakan secara ringkas tentang ke’best’an Bidvertiser pada yang masih tak tahu lagi tu.

Bayaran minimum adalah USD50 untuk cek dan USD10 untuk bayaran PayPal. Haha, best, tak perlu lagi tunggu lama nak dapat duit! Lagi satu, Kita boleh tahu dan pilih iklan apa yang keluar di web/blog kita. Nak buang iklan-iklan yang murah dan pilih iklan yang mahal – mahal je pon boleh. Tapi kemungkinan web/blog kita akan keluar ‘Your Ad Here For Free’ dari Bidvertiser. Haha, apapun. Mungkin Bidvertiser je alternatif yang ‘mampu’ saya tumpukan buat masa sekarang. Insya-Allah mana tahu saya dapat rezki lebih dengan Bidvertiser ni.😀

Apapun sapa yang belum join Bidvertiser lagi tu, boleh lah join melalui link yang ada kat sini. Lepas join, bagitau saya, boleh kita sama – sama tingkatkan teknik dan skill dalam Bidvertiser ni.😛

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 5 Komen

Malangnya Nasib

November 4, 2006 at 11:06 am (Bebelanku)

Assalamualaikum semua. Hari ni saya takde nak cerita apa-apa sangat cuma nak cerita tentang malangnya hari ni. Awal pagi lagi dah ditimpa malapetaka.

Pertama rumah saya dipecah masuk kira-kira dalam pukul 2.45 pagi tadi. Barang memang tak banyak yang sempat ambil sebab Ibu saya dah terperasan kehadiran malaun ni. Cuma tak kenal jer dan sempat pula maling ni meloloskan diri. Barang yang hilang cuma handphone dan kunci motorsikal. Barang lain rasanya takde.

Yang keduanya pula, dalam pukul 7.00 pg tadi, bila buka email akaun Google Adsense saya pula di ‘disable’kan. Heh, biginilah nasib diriku yang malang. Saya dah buat langkah yang perlu. Harapnya dapat diteruskan lagi beradsense. Ponek den kumpo duit tu tau…

Apapun pengajaran yang boleh saya dapat hari ni, kalau bukan rezeki kita, dah masuk dalam mulut pun boleh terkeluar balik.😉

PEACE,

 

 

 

Mohd Aizad Zulkifli

GoldenCave dot net

Pautan Kekal 13 Komen

Next page »